Thursday, March 22, 2012

siapa aku...???

pokok itu pokok
bunga itu bunga....
hahaha bla dtanya...adkah kmu pnulis..??
ini jwapan aku....huhuhuhuhu.....penuliskah saya...???sdangkangkn tdak ad satu pun novel y bjaaya dterbitkan...dlm tangible form..can touch and stored it...hahha...ofcourse unofficially...i'm writer..karya sy..hanya satu dterbitkan mlalui surat khabar..., 3 online blog...,and 1 rejected by Dwan bahasa n Pustaka-tdak mncapai thap piawaian y dtetapkn..as a part of learning process knalah ikhlaskan hati mnerimanya...harus sntiasa sdar dgn ksilapan krn ia xkn menSIALkan hdup ni pun...

knp sya ckp InsyaAllah saya akan jadi penulis..???? itulah buktinya...

Saturday, March 17, 2012

Thursday, March 15, 2012

Prolog : Mencari Redha Illahi: CATATAN 5 MINIT YASMIN MOMEN-3.20 PM...( KHAMIS ), DI ........( PRAKTIKUM STUDENT )

Masih jelas kata-katanya dulu,

“Izinkan aku bermain dengan mimpiku,

Selagi realiti tidak menganggu fantasiku.”

Tergamam aku seketika di situ, bagaimana hendak memberi reaksi?

Sekadar senyum? Atau perlukah menangis? ,agh....hipokrit semua itu!,maka bibir ini hanya mampu tersenyum dan pada mata itu aku sinarkan kepercayaan ku buat nya-dia lah kaum Adam,bakal pemimpin syurga duniawinya, dialah jua antara lelaki yang menabur benih buat generasi yang mendatang....tertarik aku pada lakaran penulisan itu katanya manusia hidup melalui benih anak Adam "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Dari situlah lakaran kehidupan bermula.... dan mungkinkah kerana kemodenan dan penjajahan metaliti maka segalanya berubah, dari suci menjadi kotor, dari putih berubh warnanya. Hakikatnya manusia itu memang degil, dijadikan asalnya bergitu lantas diubahnya begini. Salah siapakah di situ?

Fajar menyinsing lagi, dunia menjelma lagi, Alhamdulillah kami masih hidup, masih diizinkan bertumpang di bumiNya yang fana dan hari baru bermula maka itu ku pasti dosa besar kembali tercipta. Beratnya mulut ini untuk bersuara pada golongan itu apatah lagi mengherat mereka kembali ke pangkal jalan. Oh tidak aku terlupa! , liang lahad katanya berbeza, perhintungan juga individu mana ada team work! Maka itu tak salahkan kalau membutakan mata..sekadar memandang, tidak pula menegur. Ya Allah beratnya dugaan ini, hakikatnya aku juga hampir terlupa satu masa nanti bila diizinkan Tuhan dia yang pergi dulu sebelum ku, aku lah antara mereka yang akan berada di kolam mandian itu memandikan dan menyucikan jenazah itu. Cuci segala kotora duniawi tapi apakah aku yakin dosanya di duniawi turut mengalir bersama air itu. MasyaAllah....



Kini Doaku Cuma satu,

“ Ya Tuhan Kembalikan dia pada Ku....,kembalikan dia pada asal jadianya.. Supaya dia sedar, betapa indahnya ciptaan Tuhan, Jika itu yang terbaik maka kau laksanakan perintah itu, Andai itu mampu meyedarkanya akan normaliti kehidupan sebenar.... Maka aku pasrah menerimanya,...Tapi masih mahukah Kau...memberi peluang kepada sebahagian dari kaum Adam itu dan golongan mereka. Bukakan kembali pintu hati mereka terutama dirinya ...supaya dia dapat melihat siapa dirinya yang sebenar .

Ya aku takut pada dosa dan balasanya- kisah Sa’dum katanya, aku pernah bacakanya pada segelintir mereka, malah pernah aku pesankan pada mereka....BACAKAN KISAH INI< INGATI KISAH INI, SEBATIKAN KISAH INI....SUPAYA JALANMu AKAN LURUS- SuPAYA HIDUPMU SENTIAASA SEDAR BERTAPA INDAHNYA DUNIA INI JIKA KITA TIDAK LARI DARI NORMANYA-KLIMAKS HIDUP ADALAH CINTA ABADI CINTA PADA ILLAHI BUKAN DUNIAWI. Aku pasti mereka Mengetahui akan dosa dan balasanya- bagiku, hakikatnya sekadar mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.dan persoalan yang tidak mampu aku jawab hingga kinii ...Adakah manusia itu sedar? Kata Imam Al- Ghazali- yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah , yang indah itu solat, dan yang dekat itu kematian..





kenyataanya- ikhlaslah menjadi dri sendiri agar hidup penuh kedamaian..x susah pun mencari damai di hati..selagi ikhlas n menerima dri seadanya..insyaAllah DIA memberkati hidupmu- sudah trcipta Hawa itu wanita dan Adam itu lelaki....tdak perlu menjadi yang sebaliknya...jangan jadi seperti hikayat Duyung semata-mata mahu mnjadi manusia dia sanggup menjadi buih....akhirnya hilang di lautan dalam





Aku tahu perjalanan akhir menuju abadi adalah kematian, di padang Masyar segalanya terhitung.....masih ingat lagi Riwayat Abu Na'im kita di dunia ini hanyalah tetamu , maka jadikanlah masjid sebagai rumahmu agar hatimu menjadi lunak . dan perbanyakkanlah tafakur dan menagis...dan janganlah kamu berselisih mengikut hawa nafsu...... tambahnya- manusia hanya mampu membuat bangunan sedangkan tak mungkin mereka diami dan mengumpul kekayaan yang tidak akan mereka makan dan mereka berangan-angan kepada perkara yang tidak mungkin dicapai......sedari aku terlebih dahulu sebelum aku sedarkan mereka supaya aku tak sekadar ber ‘ omong’ kosong..hanya pandai mencipta ayat tidak pula mampu memberi contoh - -





Yasmin momen- tika ini aku di ...-pelajar praktikum di sini tiada idea untuk menulis report ,teringat kisah satu malam -saat melihat golongan itu membuatkan aku sedar bertapa mereka dahagakan ketenangan..kasihani mereka ...tersasar dari jalan yang Satu....masyaAllah....- sedang menghabiskan saki baki penulisan ( Kembalikan dia Padaku)



apakah kcantikan itu sebenarnya cuma pakej semat-mata?

atau ia satu klbihan...kta mreka ..cantik itu subjektif...tp mcmna nk dptkan cantk luar n dlam...? tanks for smeone ...krn mbrikan ilham kpd saya untuk mlkar sbuah draft mnuskrip...

tika sedang myiapkan asgmnt reserch...( Dr mta uat at last 20 pges LR) tp inilah LR y sy buat...more than 32 pges so just for draft lastly it only takes not more than 5 hour to finish...so i cme out with cerpen..insyaAllah ...another 300 pges jadilah novel..



“Aku terima nikahnya......”.Amanda menarik nafas lega setelah kalimat itu di lafazkan. Dipandangnya wajah umi dan baba yang setia menemaninya. Semalam dia mendapat panggilan dari Umi, bagaikan mimpi mendengar perkhabaran umi dan dengan berat hati dia menerimanya. Secalit senyuman manis di lemparkan buat tetamu yang hadir. Kalau dengan perkahwinan ini mampu membuatkan baba dan umi gembira , apa salahnya dia berkorban ?.. Biarpun tempoh perkenalan mereka agak singkat dan hanya pada hari ini mereka bersua muka namun dalam hati Amanda berdoa semoga apa yang ditentukan umi dan baba akan membuka lagi pintu kebahagian hidupnya. Ya Allah, tiada istilah cinta antara kami, seperti mana cintanya Julia pada Romeo yang di hebohkan mereka. Malah, tidak pernah pun antara kami bertentang mata kecuali pada hari bersejarah ini. Perkenalan yang cukup singkat dan kami saling menghakimi keperibadian masing-masing pada sekeping gambar itu“Umi.., lelaki itu tahu tentang fizikal Amanda?” berat mulutnya untuk menyoal. Tapi mahu tak mahu Amanda perlu mengetahui tentang reaksi lelaki itu tambahan pula bila menyebut tentang fizikalnya. Amina mengangguk, dan Zamani tersenyum.

“ tak semua lelaki memandang pada rupa paras , cinta itu buta yang buruk pun Nampak cantik. Mereka terima adik seadanya..Cuma umi nak adik janji dengan Umi supaya kurangkan makan. Umi tak nak adik kurus semata-mata untuk tampak cantik tapi Umi fikir untuk kesihatan adik apa salahnya adik kuruskan badan. Bila adik sihat, makan minum suami adik lebih terjaga.”

“Adik sedang bermimpi ke Umi? ” Amina pantas menggeleng.

“ cantiknya jubah aunty Amanda..” manis bicara si cilik Amaniey.

“ Ini bukan jubahlah sayang, ini gaun labuh..” jelas abang Addym. Amanda ketawa lucu, memang baju ini dah tak nampak rupa gaun sebab terlalu besar .Nasib baik yang cakap tu Amaniey, kalau orang dewasa mahu saja di sepak terajang hari itu juga.

_____________________

“terima kasih..sebab pilih saya jadi isteri awak” perlahan kata-kata itu diungkapkan Amanda.

Haikal ketap bibir geram, mahu saja dia menyergah Amanda. Akhirnya Haikal bangun bila dirasakan katil mereka seakan mahu...

“Maaf, huhuh saya tak ...ehem...” Amanda ketap bibir geram, dia terlupa yang dia tak boleh main duduk saja atas katil itu, kesian Haikal tak pasal-pasal terkejut dibuatnya.

“tolong berhati-hati...nanti tak pasal-pasal patah pula katil malam ini, apa pula kata abang-abang kau kat luar”

Merah muka Amanda menahan malu, dia bukan sengaja melompat atas katil. Tapi sebab kakinya tersadung wayar di lantai jadi dia terjatuh atas katil. ‘ hm..bukan jatuh atas kau pun...! tak akan matinya kena hempap dengan aku,setakat pengsan sesak nafas tu apa lah sangat!’

“Hm satu lagi..kau tidur kat bawah saja malam ni, aku tak bersedia lagi.”

Terlompong mulut Amanda mendengarnya,

________________

“ Kak nampak perempuan masuk rumah kau semalam.”

“Perempuan..?” tak akanlah Amanda, selalunya dia akan call dulu.

“gemuk orangnya...” dah agak! Haikal ketap bibir geram.

“isteri kau ke..?” soal kak Rini. Lama Haikal membisu akhirnya dia menggeleng geram.

“perempuan gemuk yang kak nampak itu kakak saya dari Kuala Lumpur. Bulan lepas dia ada datang.tak pernah nampak ke?” soalnya geram.segera dia masuk ke dalam rumah. Memang nak kena perempuan ni!, nasib baik da tak bawa Ima balik kalau tak mahu tertangkap nanti.



Hm... kesian kau Amanda, dah lah baru sampai Kedah tapi aku pula layan kau macam sampah. Apa pun tidak akan ada perceraian antara kita selagi kau sendiri yang tidak minta

__________________

Kalaulah kau tahu katil di rumah aku tak muat untuk tampung badan Amanda yang lebih dari 100 kg itu. Sebab itu lah Amanda diberikan katil saiz queen di bilik sebelah. Bukan main susah Haikal mencari alasan untuk tidur berasingan dengan Amanda. Di katakan pada Amanda yang dia lebih selesa tidur di bilik itu dan kebetulan bilik itu sempit dan tidak punya ruang yang besar untuk letakkan katil Amanda.

________________

“ya Allah ya tuhanku, kau ampunilah dosa hamba Mu ini, sesungguhnya aku tidak mampu menjadi isteri yang baik pada suamiku, tidak mampu untuk mengembirakanya. Kau ampunilah jua dosanya, dia seorang lelaki yang baik, penyayang, aku percaya pada jodoh..seandainya kami memang dicipta untuk bersama maka kau satukanlah kami hingga ke akhir hayat. Aku mencintainya sepenuh hati, dan dicintai oleh suamiku adalah satu hadiah yang cukup bernilai buatku..bukalah pintu hatinya untuk menerimaku seadanya”

______________________

Apakah cinta sebenarnya memandang pada rupa paras? . MasyaAllah, Amanda terlupa ketika kecil baba pernah katakan padanya yang luaran itu membawa kepada first perception, yang berupaya memujuk seseorang itu untuk itu mengenali keperibadian individu itu dengan lebih mendalam. Amanda juga tidak percaya pada kata-kata penulis yang sering menggunakan ayat “don’t judge a book by it cover” sedangkan dia sendiri melihat pada kulit buku sebelum membeli dan membaca novel , apatah lagi pada manusia. Kenapa dia tidak memikirkan semua itu. Seorang lelaki itu layak untuk memilih..tapi apakah kecantikan juga menjadi sebahagian daripada pemilihan itu?. Ya Allah aku kah yang bersalah, kerana tidak menyedari akan kelainan suamiku, sedangkan ku tahu kesempurnaan itu sebahagian dari nikmat sebuah kehidupan yang bahagia.


catatan penuh di penulisan2u....kata kunci-Nota cinta triple XL buat si L