Thursday, March 15, 2012




apakah kcantikan itu sebenarnya cuma pakej semat-mata?

atau ia satu klbihan...kta mreka ..cantik itu subjektif...tp mcmna nk dptkan cantk luar n dlam...? tanks for smeone ...krn mbrikan ilham kpd saya untuk mlkar sbuah draft mnuskrip...

tika sedang myiapkan asgmnt reserch...( Dr mta uat at last 20 pges LR) tp inilah LR y sy buat...more than 32 pges so just for draft lastly it only takes not more than 5 hour to finish...so i cme out with cerpen..insyaAllah ...another 300 pges jadilah novel..



“Aku terima nikahnya......”.Amanda menarik nafas lega setelah kalimat itu di lafazkan. Dipandangnya wajah umi dan baba yang setia menemaninya. Semalam dia mendapat panggilan dari Umi, bagaikan mimpi mendengar perkhabaran umi dan dengan berat hati dia menerimanya. Secalit senyuman manis di lemparkan buat tetamu yang hadir. Kalau dengan perkahwinan ini mampu membuatkan baba dan umi gembira , apa salahnya dia berkorban ?.. Biarpun tempoh perkenalan mereka agak singkat dan hanya pada hari ini mereka bersua muka namun dalam hati Amanda berdoa semoga apa yang ditentukan umi dan baba akan membuka lagi pintu kebahagian hidupnya. Ya Allah, tiada istilah cinta antara kami, seperti mana cintanya Julia pada Romeo yang di hebohkan mereka. Malah, tidak pernah pun antara kami bertentang mata kecuali pada hari bersejarah ini. Perkenalan yang cukup singkat dan kami saling menghakimi keperibadian masing-masing pada sekeping gambar itu“Umi.., lelaki itu tahu tentang fizikal Amanda?” berat mulutnya untuk menyoal. Tapi mahu tak mahu Amanda perlu mengetahui tentang reaksi lelaki itu tambahan pula bila menyebut tentang fizikalnya. Amina mengangguk, dan Zamani tersenyum.

“ tak semua lelaki memandang pada rupa paras , cinta itu buta yang buruk pun Nampak cantik. Mereka terima adik seadanya..Cuma umi nak adik janji dengan Umi supaya kurangkan makan. Umi tak nak adik kurus semata-mata untuk tampak cantik tapi Umi fikir untuk kesihatan adik apa salahnya adik kuruskan badan. Bila adik sihat, makan minum suami adik lebih terjaga.”

“Adik sedang bermimpi ke Umi? ” Amina pantas menggeleng.

“ cantiknya jubah aunty Amanda..” manis bicara si cilik Amaniey.

“ Ini bukan jubahlah sayang, ini gaun labuh..” jelas abang Addym. Amanda ketawa lucu, memang baju ini dah tak nampak rupa gaun sebab terlalu besar .Nasib baik yang cakap tu Amaniey, kalau orang dewasa mahu saja di sepak terajang hari itu juga.

_____________________

“terima kasih..sebab pilih saya jadi isteri awak” perlahan kata-kata itu diungkapkan Amanda.

Haikal ketap bibir geram, mahu saja dia menyergah Amanda. Akhirnya Haikal bangun bila dirasakan katil mereka seakan mahu...

“Maaf, huhuh saya tak ...ehem...” Amanda ketap bibir geram, dia terlupa yang dia tak boleh main duduk saja atas katil itu, kesian Haikal tak pasal-pasal terkejut dibuatnya.

“tolong berhati-hati...nanti tak pasal-pasal patah pula katil malam ini, apa pula kata abang-abang kau kat luar”

Merah muka Amanda menahan malu, dia bukan sengaja melompat atas katil. Tapi sebab kakinya tersadung wayar di lantai jadi dia terjatuh atas katil. ‘ hm..bukan jatuh atas kau pun...! tak akan matinya kena hempap dengan aku,setakat pengsan sesak nafas tu apa lah sangat!’

“Hm satu lagi..kau tidur kat bawah saja malam ni, aku tak bersedia lagi.”

Terlompong mulut Amanda mendengarnya,

________________

“ Kak nampak perempuan masuk rumah kau semalam.”

“Perempuan..?” tak akanlah Amanda, selalunya dia akan call dulu.

“gemuk orangnya...” dah agak! Haikal ketap bibir geram.

“isteri kau ke..?” soal kak Rini. Lama Haikal membisu akhirnya dia menggeleng geram.

“perempuan gemuk yang kak nampak itu kakak saya dari Kuala Lumpur. Bulan lepas dia ada datang.tak pernah nampak ke?” soalnya geram.segera dia masuk ke dalam rumah. Memang nak kena perempuan ni!, nasib baik da tak bawa Ima balik kalau tak mahu tertangkap nanti.



Hm... kesian kau Amanda, dah lah baru sampai Kedah tapi aku pula layan kau macam sampah. Apa pun tidak akan ada perceraian antara kita selagi kau sendiri yang tidak minta

__________________

Kalaulah kau tahu katil di rumah aku tak muat untuk tampung badan Amanda yang lebih dari 100 kg itu. Sebab itu lah Amanda diberikan katil saiz queen di bilik sebelah. Bukan main susah Haikal mencari alasan untuk tidur berasingan dengan Amanda. Di katakan pada Amanda yang dia lebih selesa tidur di bilik itu dan kebetulan bilik itu sempit dan tidak punya ruang yang besar untuk letakkan katil Amanda.

________________

“ya Allah ya tuhanku, kau ampunilah dosa hamba Mu ini, sesungguhnya aku tidak mampu menjadi isteri yang baik pada suamiku, tidak mampu untuk mengembirakanya. Kau ampunilah jua dosanya, dia seorang lelaki yang baik, penyayang, aku percaya pada jodoh..seandainya kami memang dicipta untuk bersama maka kau satukanlah kami hingga ke akhir hayat. Aku mencintainya sepenuh hati, dan dicintai oleh suamiku adalah satu hadiah yang cukup bernilai buatku..bukalah pintu hatinya untuk menerimaku seadanya”

______________________

Apakah cinta sebenarnya memandang pada rupa paras? . MasyaAllah, Amanda terlupa ketika kecil baba pernah katakan padanya yang luaran itu membawa kepada first perception, yang berupaya memujuk seseorang itu untuk itu mengenali keperibadian individu itu dengan lebih mendalam. Amanda juga tidak percaya pada kata-kata penulis yang sering menggunakan ayat “don’t judge a book by it cover” sedangkan dia sendiri melihat pada kulit buku sebelum membeli dan membaca novel , apatah lagi pada manusia. Kenapa dia tidak memikirkan semua itu. Seorang lelaki itu layak untuk memilih..tapi apakah kecantikan juga menjadi sebahagian daripada pemilihan itu?. Ya Allah aku kah yang bersalah, kerana tidak menyedari akan kelainan suamiku, sedangkan ku tahu kesempurnaan itu sebahagian dari nikmat sebuah kehidupan yang bahagia.


catatan penuh di penulisan2u....kata kunci-Nota cinta triple XL buat si L

No comments:

Post a Comment