Saturday, March 20, 2010

bungaku bakawali

Bab 1(sebelum tahun 2008)
“ Betul you tak nak hantar I balik.?” Soal Umairah . Air mukanya berubah , wajah Imran tidak lansung dipandangnya .dia hanya tunduk ke lantai dan menilik -nilik cicin emas yang tersarung indah di jari manisnya.
“You tak kisahkan ? I sakit perut ni.” Rungut Imran, wajahnya pucat sesekali dia duduk mencangkung. Mereka baru saja bergelar tunang 2 hari yang lepas dan mereka antara pasangan kekasih yang begitu Famous dalam fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajiaan Polisi.
“ You ok kan…?’ soalUmairah bila melihat Imran eperti gelisah. ’gastrik dia menyerang lagi ke..? rasanya baru saja mereka makan di café tadi. Imran mengangguk.
“ oklah…I balik dulu dengan Nina ok..?” akhirnya Umairah mengalah ,lagipun bukanlah apa sangat jika dia pulang tanpa ditemani Imran cuma dia takut sesuatu berlaku ke atas Imran .Sudah kerap Imran menyakinkan tunangnya itu yang dia tak apa-apa Cuma dia tak rasa yang dia mampu bertahan sampai kat kompleks siswi. Lagipun jaraknya jauh. Dari dalam kereta Umairah melambaikan tanganya dan Imran membalas dengan senyuman tawar. Usai saja kereta itu pergi , Imran segera mencari kerusi untuk duduk berehat sekejap.






Bab2
Jantung gadis itu berdegup makin kencang. Anak matanya asyik menilik kanan dan kiri persekitaran tapi tak semuanya jelas. Umairah masih meneruskan jalanya tak sangka Nina enggan menghantarnya sampai ke dalam kompleks siswi alasan temanya itu dia sudah lewat kerana kawanya sedang tunggu. Dari tadi bibirnya terkumat-kamit membaca doa semoga dia selamat sampai ke komplekssiswi. Hatinya menyumpah-nyumpah Imran, tunangnya itu enggan menghantarnya pulang akhirnya dia ambil keputusan untuk berjalan pulang seorang diri. Disangkakan jalan ini ramai yang lalu lalang tapi tak sangka pula lorong ini sunyi. Dia mengeluh panjang, masih jauh lagi kompleks siswi,
malah tiada satu pun kereta yang lalu–lalang di sini.Kalau tak bolehlah minta
ditumpangkan. Buku introduction of political science dipeluknya erat, angin malam
sesekali menerbangkan rambut mayangnya sehingga menutupi matanya. Dalam masa yang sama, Umairah merungut tentang lampu jalan yang banyak rosak membuatkan dia dapat lupakan sekejap ketakutanya pada anasir-anasir kotor yang sering menganggu fikiranya.Silauan lampu kereta dari ara bertentangan menyebabkan matanya berpinar. Kereta Toyota corolla warna merah berhenti mengejut di hadapanya. Melalui tingkap depan, Umairah dapat lihat susuk tubuh yang cukup dikenalinya. ‘ Farid..!’ hatinya rasa tenang. Cepat-cepat dia menuju ke kereta itu. Naik turun dada Farid, dia menghela nafas lega.Nasib baik tak dilanggarnya perempuan itu . Kepalanya pening,rasa arak tadi masih ada dan ternyata mabuknya masih belum hilang sudah hampir 4 jam dia menunggu Nina, janji nak datang tapi keliba gadis itu masih tiada ,akhirnya dia ambil keputusan untuk pulang tapi tak sangka dia tersalah jalan masuk ke dalam kampusnya. Tiba-tiba tingkapnya diketuk gadis itu.Farid makin gugup dan berkira-kira untuk memecutkan keretanya, tapi belum sempat dia bertindak Umairah terlebih awal membuka pintunya.
“ Farid…!” panggil Umairah. Farid menghela nafas lega andaiann=ya salah. Dia ukirkan senyuman dan membuka jendela tingkap untuk menutup tingkah lakunya yang aneh itu.
“ Maira, kau nak kemana..?” soalnya,dia cukup kenal dengan Maira ,gadis ayu yang menjadi pilihan Mak Uda dan adiknya Imran. Mereka lebih mud 2 tahun
“ Abang Farid hantarkan Maira boleh..?’ tersenyum Farid mendengar panggilan itu,mungkin kerana Umairah dan Imran bakal berkahwin jadi dia mula panggil Farid dengan panggilan abang.
“ Mana Im..?”
“ sakit perut,jadi tak dapat hantar Maira balik..”
Farid senyum tanda faham, segera gadis itu dijemput masuk.

Entah kenapa hati Umairah rasa tak tenang, berkali-kali dia menoleh ke arah Farid, lelaki itu Nampak letih sesekali dia membetulkan duduknya. Entah kenapa dia rasa terhuyung-hayang dan dirinya makin gelisah bila merasakan yang pemanduan Farid makin laju. Farid di sebelah Umairah juga gelisah bila melihat Umairah yang selalu bermain dengan rambutnya. Dia cuba mengawal tingkah lakunya tetapi kadang-kala gagal ,ini menyebabkan dia kerap memandang Umairah “cantiknya..” tersembul kata-kata itu dari mulut Farid, membuatkan Umairah terlopong, hatinya makin tak selesa dipandang begitu.
“ Apa yang cantik bang…?”
Segera Farid gelengkan kepala, semoga perempuan itu tak sedar yang dia dibawaah penggaruh alkohol

Bab 3
Imran mengurut dadanya, dia masih lagi duduk di berehat di kerusi itu, kepalanya masih ligat berpusing ,perutnya pula makin kuat memulas ,kadang-kadang dia rasa nak muntah tapi dia gagal untuk memuntahkan isi perutnya. Hatinya makin runsing takut juga pengsan di situ, akhirnya dia ambil keputusan untuk pulang, perlahan –lahan dia berjalan bila perutnya kembali sakit dia berhenti semula untuk rehat.


Kereta Toyota itu membelok ke kiri, sebuah lorong kecil dilalui membuatkan Umairah terkejut. Segera dia memandang Farid.
“ Abang “ belum sempat dia menghabiskan soalannya Farid pantas membuka
pintu, Umairah terkedu. Segera tubuh lelaki itu ditilik dengan mata kasar dan hilang dengan tiba-tiba sebelum pintunya dibuka oleh seseorang dari luar. Umairah menjerit terkejut melihat reaksi Farid yang terhuyung-hayang menarik lengan bajunya sehingga terkoyak.
“ abang! , Jangan buat Maira macam ni..” rayu Umairah, air matanya mengalir laju sakit diperlakukan begitu, Farid bagai orang yang hilang kewarasan .Tubuh gadis itu ditolak ke tanah menyebabkan Umairah hilang pertimbangan dan tersungkur. Farid ukirkan senyuman dan ketawa bagai orang gila. satu persatu butang baju kemeja nya dibuka membuatkan Umairah mula mengesan sesuatu yang tak baik akan berlaku ke atasnya. Tak sangka Farid akan bertindak sebergitu. Umairah cuba bangun belum sempat dia membetulkan kedudukkanya satu per satu penampar hinggap di mukanya menyebabkan matanya berpinar .Mulutnya sudah puas menjerit meminta tolong, hatinya rasa tak tenteram dia mahu melarikan diri tapi kakinya tak boleh bergerak bila tangan gagah Farid mengunci kakinya. Umairah masih belum mengalah, makin diperlakukan begitu maka makin kuatlah dia menjerit, tapi hampa jalan yang sunyi tak ada sesiapa pun yang lalu lalang .
“ kau cantik…” ujar Farid jari- jemarinya ligat bermain di sekitar wajah Umairah
bermula di dahi dan akhirnya turun ke bibir. Umairah rasa lemas makin dia menjerit makin kuat Farid menghimpitnya, akhirnya dia hanya mampu menangis saja .
“ Imran tak pandai manfaatkan kau, bagi aku saja.” Bulat mata Umairah mendengarnya. Umairah meronta-ronta mahu melepaskan diri .Tetapi tubuhnya yang sederhana membuatkan dia gagal meloloskan diri. Hanya tiga saat lagi, bibir mereka akan bertemu akhirnya Umairah berjaya menarik tanganya dan mencakar wajah Farid dengan kukunya yang panjang. Membuatkan Farid menjerit kesakitan. Hati lelaki itu makin memberontak, dia akan dapatkan apa yang diingininya dan malam ini adalah miliknya sehingga dia lupa yang Umairah adalah tunang adiknya. Sekali lagi wajah Umairah ditamparnya berpinar mata gadis itu, segalanya dirasakan kelam sempat dia menyebut nama Imran malah dia juga harap esok sudah tiada lagi untuk dirinya ,biar dia mati saja itu lebih bagus …akhirnya dia mengalah bila tubuhnya yang sederhana dihimpit oleh tubuh sasa itu…malah dia dapat rasakan segala hak milik yang dijaganya selama ini diperlakukan dengan kejam. Malah Umairah juga dapat rasakan kehangatan nafas Farid di sekitar wajahnya membuatkan dia makin lemas dan pengsan di situ bersama dengan air mata yang masih berlinangan di pipinya yang lebam. Dan lorong gelap itu menjadi bukti kekejaman Farid.

“Itu abang Im…”
khairil pandang untuk mencari kelibat Imran yang dimaksudkan Iman, mereka tergamam melihat Imran yang terhuyung-hayang berjalan sambil memegang perutnya.
Dari belakang Imran dapat mendengar namanya dipanggil, segera dia menoleh kebelakang ternyata dia kenal dengan pelajar itu, mereka adalah juniornya, belum sempat dia melambai tangan kepada Khairil dan Iman, tiba-tiba perutnya makin sakit, akhirnya dia terjelupuk ke tanah. Iman dan Khairil berlari mendapatkan Imran. .“ Abang Im…” panggil Khairil , kepala seniornya diangkat ke riba. Manakala Iman pula pergi mendapatkan bantuan .
Dada Imran turun naik menahan sakit di perutnya, nama Umairah tak putus-putus
disebutnya sehinggalah dia tertidur di situ.








Bab 4
Umairah membuka matanya, kepalanya rasa berat, seluruh tubuhnya rasa sakit dia lupa akan apa yang berlaku semalam. Segera dia bangun bila terasa ada sepasang tangan masih memeluk tubuhnya. Umairah menjerit dan menangis di situ juga bila melihat baju-bajunya yang terkoyak rabak . Barulah dia sedar akan apa yang berlaku ke atasnya semalam. Tangan Farid ditolaknya ke tepi dengan kasar membuatkan Farid tersedar dari tidurnya. Segera lelaki itu bangun dan mencapai bajunya lalu dengan pantas dia sarungkan ke tubuhnya. Umairah masih lagi teresak, Farid terkup wajahnya dengan kedua-dua tangany , dia rasa hairan Belum sempat dia cuba mengingatinya, Umairah terlebih awal menampar mukanya menyebabkan dia terkedu.
“ Maaf aku tak sengaja…,” pohonya Farid tahu apa saja alasan yang diberikan pada waktu ini tak akan diterima Umairah. Begitu hebat kuasa minuman keras sehingga menghilangkan kewarasanya. Umairah di hadapanya sekadar menangis tak tahu apa lagi yang hendak diperkataka , dia gagahkan diri untuk bangun sehinggalah Farid menghampirinya untuk menolongnya bangun . Belum sempat tangan Farid memegang tangan Umairah , Umairah terlebih awal menolak lelaki itu membuatkan Farid terjelupuk ke belakang. Dia rasa bersalah yang teramat sekali bila mengenangkan tingkah lakunya semalam.
“ awak ingat dengan minta maaf saja boleh selesaikan semua masalah ni…?” jerit Umairah Farid tunduk membisu. Umairah memegang ranting-ranting kayu untuk mengimbangi tubuhnya dia mahu keluar dari situ untuk dapatkan bantuan .Farid segera bangun untuk dapatkan Umairah ,makin laju Umairah bergerak maka makin lajulah dia mengekori Umairah.

‘ jangan ikut aku..!” jerit Umairah dia masih buntu kerana belum nampak lagi jalan besar .
“ tunggu, kita boleh selesaikanya..” pinta Farid yang terhencot-hencot di belakangnya.
Umairah tidak pedulikan permintaan Farid. Dia hentikan langkahnya bila ternampak
longkang besar di hadapanya. Umairah tak peduli dia mahu dapatkan bantuan apapun yang akan terjadi dia tak kan sesekali mengalah , akhirnya dia perbesarkan langkahnya dengan harapan yang dia akan berjaya melangkah longkang tersebut . Dia tak ingat kainmya yang ketat dan terkoyak itu akan menyukarkan pergerakkanya, akhirnya dia tersembam di situ.

Bab 5
Wajah Farid dipandangnya geram, ingin saja dicampakan surat khabar ke muka terunanya itu. ‘Belum apa–apa dah buat hal’ ngomel wanita itu. Pagi tadi Wan Maimunah dikejutkan dengan loceng pintu yang bertalu-talu mujurlah suaminya sudah keluar bekerja, alangkah terkejutnya melihat Farid yang tak terurus sedang mengangkat seorang perempuan yang tak sedarkan diri . Wan Maimunah sudah mengagak perkara yang buruk telah berlaku ke atas anaknya semalam, bau busuk menusuk jauh ke rongga hidungnya, mahu termuntah Wan Maimunah dibuatnya. Bau lumpur ,tanah dan minuman keras juga bercampur baur.
“kau mabuk Far..?” soalnya kasar
Farid tidak menjawab sebaliknya cuba membelakangi ibunya .
“Aku Tanya kau apa yang kau dah buat semalam..?” Wan Maimunah makin bengis, tubuhnya yang sedikit gempal itu jelas kelihatan pada baju kebaya nyonya yang tersarung di tubuhnya. Naik bosan Farid melihatnya, sesekali dia mencemuh ibunya.
“ Far tak sengaja bu…”
Wan Maimunah menjeling tajam , ‘ tak sengaja..? ‘ sindirnya
“ Tak ada erti kata yang tak sengaja untuk orang macam kau ni..! “ bidas Wan Maimunah.
Segera Farid bangun untuk pergi dari situ ,dia tak ingin bergaduh lagi dengan ibunya .Mereka terlalu kerap bergaduh ,selalunya pasal harta. Entahlah ibunya itu selalu memaksa dia mengikuti segala kehendak ibunya.kononnya nak jaga hati bapaknya yang tengah sakit.
Hakikatnya sekadar mahu mendapatkan harta bapaknya.
‘” Kau nak ke mana?” soal Wan Maimunah bila melihat anaknya cuba beredar dari situ.
“ nak tukar baju perempuan tu” terlopong mulut Wan Maimunah mendengarnya.
“ sejak bila pula anak aku ni orang gaji.?” Farid makin rimas dengan sindiran ibunya.
“ Orang gaji kita boleh buat. sekarang bai kau fikirkan macam mana nak selesaikan hal ini., kau jangan lupa Far itu bakal isteri adik tiri kau lah..,kalau Mak Uda dan bapak kau tahu susah kita nanti..!”
Farid garu kepalanya yang tak gatal, ingin saja dia tinggalkan Umairah di situ tapi bila fikirkan balik kejadian semalam dia rasa bersalah dan makin bersalah sekiranya meninggalkan perempuan ini begitu saja. Wan Maimunah mundar -mandir mencari jalan penyelesaian. Dia menilik jam di tanganya.
“ aku dah lewat ,kau fikirlah sendiri.” Wan Maimunah masuk ke biliknya untuk mandi.
Di luar Farid makin tak tentu arah


Bab 6
Umairah bangun dari katilnya, dia tersenyum sendirian ‘ nasib baik mimpi!’ ucapnya . Tiba-tiba hatinya jadi tak keruan melihat persekitaran bilik yang tak dikenali .dia menoleh ke tubuhnya baju kemeja lelaki masih tersarung di tubuhnya. Segera dia bangun dan turun dari katil itu, dia menilik mukanya di cermin .Masih jelas lebam-lebam di sekitar pipinya. Dia jadi makin tak tentu arah, lalu segera mencari jalan keluar dari bilik itu.


Pintu bilik Wan Maimunah diketuk Farid bertalu-talu,Wan Maimunah buka pintu dia berpakaian kemas sudah bersiap sedia mahu keluar.
“kenapa..?’’ soalnya kasar.
“ Far buntu ibu…” ujarnya.
“ siapa suruh kau buntu ..? kau yang cari masalah..!,apa apa pun jangan sampai bapak kau tahu kalau tak nahas kau” ugut Wan Maimunah. Dia masuk semula ke dalam bilik dan keluar dengan sekeping cek di tangan kirinya.
“ bagi benda ni…perempuan kampung macam dia akan terus tutup mulut bila nampak duit.” Farid ukirkan senyuman, kenapalah dia tak terfikirkan semua ini. Rungutnya

Dari jauh Umairah nampak Farid sedang tersenyum riang dengan sekeping kertas di tangan kanan. Bila diteliti dengan jelas dia ,Umairah dpat lihat ianya adalah sekeping cek. Jatung Umairah berdegup kencang. Dia mula sangka yang Farid telah menjualnya.
“ binatang…!” vase merah yang tersusun rapi di atas cabinet dicampaknya ke bawah.
Wan Maimunah terkejut pasu kesayanganya dicampak ke bawah.
“dasar jantan tak guna..! kau jual aku dekat ibu ayam. .!” Farid terkedu .Wan maimunah naik marah dia dianggap seperti ibu ayam.
“ hey perempuan ,mulut tu jaga sikit..! “ Wan Maimunah cuba menghampiri Umairah ,ingin saja ditampar perempuan itu tetapi terlebih awal dihalang Farid.
“ bu..biar Far saja yang selesaikanya ..” ujar Farid tapi Wan Maimunah masih tak puas hati.
“ ibu kan dah lewat…biar Far saja yang selesaikan ok..” pujuk Farid membuatkan Wan
Maimunah melupakan hasratnya.lalu beredar dari situ.kalau tak, dah lama perempuan itu makan penamparnya.
Bahu Umairah cuba ditariknya , tetapi dengan pantas Umairah mengelak, tak ingin lagi tangan lelaki itu memegang tubuhnya.
“ni ..ambil ni..” sekeping cek bernilai Rm 10000 diberikan kepadanya.Umairah yang masih bingung terus mengambilnya. Farid senyum menyindir ‘tak sangka kau begitu senang di uruskan’
“Apa ..? kau ingat maruah aku di mata kau Cuma sebanyak ni….?” Cek itu dilemparkan ke muka Farid.
“ kenapa tak cukup ke…?” soal Farid .Umairah jelling mata geram begitu mudah lelaki ini membuat keputusan.
“Ini soal hidup dan maruah saya, kau dah tahu aku ni akan berkahwin kenapa kau masih buat aku macam tu..!” jeritnya ,
“ aku mabuk…!,semua tu buat aku tak sedarkan diri..”ujar Farid bersahaja. Dia
membetulkan kolar bajunya ,tampak kemas barangkali nak ke kelas. Mata Umairah
berkaca,sudah puas dia menangis ..
“kau bukan sekadar mabuk tapi gila..!” jeritnya sebelum melangkah kaki meninggalkan banglo itu. Farid segera berlari anak mendapatkanya. Sekali lagi tangan Umairah di pegangnya , terkejut Umairah bila tangan Farid menyentuh kulitnya.
“ Jangan pegang aku…!”
“ Kau nak ke mana..?” soal Farid geram.
“ Balai polis…” Farid terkejut.
“ nanti…nanti…”
‘Kenapa..takut..!?”
“ Kau jangan nak ugut aku..! tak puas lagi ke dengan cek tu..?” soal Farid .
“ ya memang tak cukup.., kau bagi sejuta pun belum tentu sama nilai dengan maruah aku..!’’ bidas Umairah kasar cuba menepis tubuh sasa Farid yang sedang menguncinya di dinding.
“ Dasar kampung!, kenapa mahal sangat …?” Umairah tergamam ,hatinya terguris, mata mereka berpandangan seketika.
“sekurang-kurangnya saya lebih mahal dari pelacur –pelacur dekat luar sana yang tak tahu mana halal dan haram pergaulan dia.” Ringan mulutnya berbicara.Farid terkedu ada benar pada kata-kata Umairah sikit demi sikit dia berundur memberi ruang kepada Umairah untuk beredar.
Umairah terus beredar tapi sebelum dia keluar dari banglo itu Farid membuka mulutnya
“ Kalau kau rasa keputusan kau betul dan ada manfaat pada kau ,terserahlah “
Umairah gugup tak sangka Farid mengalah dan sanggup dipenjarakan. Wajah lelaki itu tak lansung dipandangnya sebaliknya terus beredar meninggalkan Farid yang masih keliru dengan apa yang diperkatakanya pada Umairah.

Bab 7
Sudah banyak teksi yang di tahan Umairah tapi tak satu pun yang berhenti, akhirnya dia ambil keputusan untuk berjalan kaki ke balai polis berdekatan . Sepanjang perjalanan dia berfikir apakah masih ada manfaat sekiranya dia memberitahu hal ini pada pihak polis? Hanya tinggal beberapa bulan lagi dia dengan Imran akan berkahwin sudah tebayang warna pelamin yang akan menghiasi rumahnya nanti. Semuanya begitu jelas.Makin dekat dia dengan balai polis makin keliru dia dibuatnya. Akhirnya ganggang telefon awam dicapainya ,segera nombor telefon Nina dihubungi. Kereta proton saga merah berhenti di hadapanya, Umairah ukirkan senyuman .
“ cantik baju..”sindir Nina yang dari tadi asyik memandang baju kemeja lelaki dan seluar tidur putih yang tersarung di tubuh Umairah.
“ Apa yang you buat kat taman ni?” soalnya
“ I tidur rumah kawan semalam”
“ really…? Bukan ke I hantar you sampai kat perkarangan kompleks..? “ soal Nina yang masih ragu-ragu.
Umairah tunjuk mimik muka geram ‘ ialah tu kau yang buat aku jadi macam ni..kalau aku tahu lebih baik aku tak payah tumpang kau’
“hm…”
Umairah terkejut ,dia cuba ukirkan senyuman tapi tak seceria sebelum ini.
“ You hantar I separuh jalan je, dan I jumpa kawan lama I , so dia ajak tidur rumah dia..”
“ Pakai baju ni….?”
Umairah memandang tubuhnya ,dia tepuk dahi ‘ patutlah teksi satu pun tak berhenti
rupanya pakaianya begitu aneh.
“ kawan I tu besar XXL ,I ni M tak ada seluar yang sama saiz ..” Umairah cuba mencari alasan, Nina ketawa mendengarnya.Umairah menoleh ke tingkap ,air matanya cuba menitik tetapi ditahanya. ‘Kalaulah Nina tahu yang aku ni diperkosa semalam ,entah bagaimana reaksinya…dan Imran “
“ Maira , pipi kau lebam…!” Umairah memegang pipinya tak sangka Nina boleh perasan akan hal itu sedangkan dia sudah melindungi pipinya dengan rambutnya.
“ I jatuh waktu masuk bilik air…” sekali lagi Nina ketawa.
“kereta proton saga itu terus ke jalan Bagan , Umairah tekejut sekali lagi dia jadi
gelabah .
“ You nak bawa I kat mana.?” Jerit Umairah membuatkan Nina tergamam.. Dia
menghentikan keretanya di bahu jalan. Terasa bagai ada yang tak kena dengan temanya itu.
“ Apa yang berlaku..?” soalnya, segera Umairah mengelengkan kepala.
“ I nak bawa You balik rumah I, you mandi kat sana . Nanti kita akan ke hospital.” Ujar Nina. Umairah jadi tak tentu arah sebaik saja dengar perkataan Hospital . Dia menyoal dirinya sendiri sama ada dia terlepas mulut pada Nina tentang apa yang berlaku semalam. Seingatnya belum pernah lagi dia memberitahu pada Nina. Tapi pcara Nina tadi seolah –olah mahu membawa dia ke hospital untuk membuat medical check. Seperti mana yang di lakukan ke atas mangsa-mangsa rogol lain.
“ I tak cerita kat you ke yang Im masuk hospital..?”
Umairah tarik nafas lega. Dengan pantas dia mengeleng kepala. Nina di sebelahnya tepuk dahi .
“ maaflah I ni pelupa.”
“ Im sakit ke..?”soal Umairah mula risau keadaan tunangnya.
“ apendiks …”
Agak lama Umairah diam ,akhirnya Nina bersuara
“Jangan risau”
Umairah senyum hambar.


Bab 8
Kerap juga pintu bilik mandi rumah pangsa itu diketuk Nina, sesekali dengar juga suara Umairah menyahutnya. Nina akhirnya masuk ke biliknya untuk mendapatkan baju yang boleh dipinjamkan kepada Umairah. Dalam bilik mandi, Umairah terjelupuk ke lantai .Air pancut membasahi tubuhnya ,dia menangis di situ dan melepaskan segala kemarahan yang terbuku dalam hatinya sepuas-puas yang mungkin sebelum pintu bilik mandi itu diketuk sekali lagi oleh Nina.
Umairah menilik mukanya di cermin, matanya masih kelihatan sembab manakala lebam di pipi masih kebiruan tubuhnya juga masih terasa sakit. Nina masuk ke dalam bilik itu dan meyerahkan sepasang baju kurung kuning kepadanya. Umairah menyambutnya .
“ cepatlah I dah nak pergi ni…”
Umairah melihat jam di dinding , ada 5 minit lagi sebelum 1.30, maknanya solat zohor sudah dekat.
“ I nak sembahyang dululah.. You pun sembahyanglah dulu,,” ujar Umairah. Merah muka Nina menahan malu, hm…al- maklumlah tak pernah tunduk di tikar sejadah.
“ I tak boleh sembahyang, apapun kalau You nak solat, You masuk bilik my sis ok…dalam tu ada kain sembahyang dengan sejadah. Yang I punya sedang basuh.”
Umairah ukirkan senyuman.
Di tikar sejadah itu dia cuba mengumpul kembali kekuatanya yang telah lama hilang hatinya mencari kedamaian .semoga apa yang berlaku semalam hanya tinggal sebagai sejarah hitamnya . Dan pada Allah SWT jugalah dia memohon hidayah semoga ditunjukkan oleh-Nya pintu nur , jawapan bagi segala masalahnya.
“ hm…”
Umairah menoleh ke belakang, Nina yang sudah siap berpakaian kemas .
Umairah angkat kening menyoal Nina yang tersipu malu sedang berdiri di belakang
“ You dah siap …I kejar masa..?”
Umairah mengangguk dan minta lagi 5 minit masa tambahan untuk bersiap

Bab 9
Pintu bilik nombor 10 diketuk Nina,Umairah di sebelahnya sekadar membisu. Puan Azah, ibu Imran membuka pintu itu dan meyambut kedatangan bakal menantunya dngan ramah sekali.Meraka bersalaman, Umairah berpura-pura riang. Imran di katil senyum gembira dengan kehadiran Umairah dan Nina.sekurang-kurangya dia tak rasa bosan.
“ Maaflah Ummi tak call Maira”
“ Tak apa..yang pasti Im selamat,Maira dah puas hati Ummi.” Lembut tutur Umairah pada Puan Azah membuatkan wanita itu begitu menyayangi Umairah.
“ Im… Maira dah datang…bolehlah Ummi tanggalkan Im kan..?” pujuk Puan Azah yang dari tadi lagi sepatutnya pulang ke pejabat, tetapi dipaksa Imran untuk menemaninya.
“ ok lah…kirim salam dekat bapak dan Mak Usu.” Puan Azzah senyum hambar sebaik saja mendengar nama isteri kedua suaminya.

Nina di sebelah Umairah asyik saja menilik jam di tanganya, membuatkan Imran ketawa lucu.
“ pergilah You balik,”
Tersembul biji mata Nina “ aik…halau I ke..?”
“ ala…I tau you ada date dengan Far kan..?” soal Imran, Nina menganguk.Wajah Umairah berubah sebaik mendengar nama Farid.
“ I ingat you dah tak perlukan I sebab dah dapat tunang kesayangan You ni..” Umairah sekadar ukirkan senyuman.
“pergilah, nanti marah pula Farid tu..”
Nina segera mencapai tas tanganya lalu beredar dari situ. Imran dan Umairah sekadar memerhatikan Nina meninggalkan bilik itu. Imran cukup faham dengan perangai Nina yang suka menghabiskan waktu bersama dengan Farid. Imran menoleh pula pandanganya ke arah Umairah, wajah tunangnya dipandang. Umairah nampak muram seperti biasa tanganya galak ingin menyentuh bahu Umairah tetapi belum sempat tanganya singgah di bahu Umairah , Umairah terlebih awal menepis dengan kasar . Membuatkan Imran terkejut.
“ sorry I terkejut…”
Imran sekadar mengangguk ,masih tersentuh dengan kelakuan Umairah tadi.
“You sakit lagi ke…? “
Imran menggeleng,. Dia tahu Umairah cuba berusaha untuk mengambil hatinya,
“ Kalau I tahu You sakit macam ni , I teman you pulang semalam.” Ujar Umairah lembut.
“ hm…benda nak jadi…kalau you hantar I pulang pun Tak ada manfaat juga..”
Manfaat.? Soal Umairah dalam hatinya, dia mula teringatkan kata-kata Farid padanya pagi tadi. Bagaimanapun itu adalah rahsia hidupnya yang tak mungkin diberitahu pada Imran.Biarlah menjadi rahsia antara dia dan Farid.Keadaan makin sunyi, Umairah tak tahu apa lagi yang hendak dibincangkan dengan Imran akhirnya dia cuba juga untuk menyandarkan kepalanya di bahu Imran. Semoga dengan cara ini Imran tidak akan menyedari perubahanya. Benar andaian Umairah, Imran kembali senang dengan tingkah lakunya kini.


bersambung..............

1 comment: