Saturday, March 20, 2010

sinopsis novel online milik Yasmin

1) Bungaku Bakawali
BUNGAKU BAKAWALI …
Setiap hari yang dilaluinya penuh keraguan, ternyata kebahagiaan itu masih belum menjadi miliknya. Hidupnya penuh dendam dan tanpa tahu sejarah sebenar hidupnya membuatkan gadis itu leka mendendami ibu kandung sendiri. Tana, gadis serba moden memiliki segala kemewahan bapanya terjerat dalam kemiskinan kasih sayang. Risyam yang hadir menanti salam cintanya pergi tanpa sahutan kerana menjadi mangsa cemburu Danish yang dahagakan belaian si gadis moden itu. Hidup gadis ini semakin pudar warnanya, saat memerlukan sokongan keluarga ,Dato’ Farid mengambil keputusan untuk menghilangkan diri bersama Umairah, Tinggallah dia bersama Haikal seorang kenalan muda Dato’ Farid yang diupah untuk menjaganya .Siapakah lelaki yang penuh misteri itu, dan jauh dalam lubuk hati gadis itu pasti, ada cinta yang tersemai dan bila Bakawali mendedahkanya apakah haknya untuk memiliki hati jejaka itu, dan perlukah dia menerima Umairah sebagai ibu kandungnya? Pelbagai persoalan yang masih belum terungkai buat gadis seliciknya.....


Bungaku Bakawali sebuah rahsia yang membongkari misteri kehidupan seorang gadis,kisah silam yang dibukukan oleh seorang wanita, Diari yang menjadi peluntur keegoan seorang gadis liar sebagai bukti kelahiranya dan menepis dendam cinta yang penuh misteri..........Sejarah lampau harus dikenang kerana ianya membicarakan kehidupan pada hari ini.


2)Trofi Cinta Yasmin


Aku pergi,
Tak bermakna kelopakmu kan gugur,
Kau masih Bunga yang mekar,
Takkan sesekali gugur ,
Menyembah bumi,
Lantaran kau sering ku puja..
,
Senyumlah,
Lepaskan segala keluhmu,
Kan ku kutip butir-butir mutiaramu ,
Lantas ku bukukan jadi novel cinta ,
Atau biarkan jiwangku karang sebuah puisi ,
Lantasku pendendangkan syair cinta buat mu

Kerana tugas mereka berkenalan,dan kerana rindu hati mereka terpaut lantas cinta yang tersemai dalam diam menyatukan dua hati di jinjang pelamin. Namun kerana keegoan cinta yang terjalin hilang dalam dusta.Dalam meniti badai perkahwinan ,pelbagai dugaan menimpa mereka apatah lagi cara mereka bersatu sebagai suami isteri jauh sekali seperti yang diharapkan Yasmin. Haikal berusaha mengetuk pintu hati Yasmin untuk menerimanya,walaupun terlalu kerap isterinya mengguris hati ini namun dia percaya akan takdir dan jodoh mereka. Dalam hati mereka ada cinta yang tersemai sudah sah untuk mereka memperhambakan diri pada perasaan itu Cuma kerana egois masing-masing memendam perasaan.Sudah beberapa kali dikatakan pada Yasmin bertapa ikhlas hatinya saat mereka diijabkabulkan tapi makin dia cuba menghampiri Yasmin makin jauh dirasakannya dari Yasmin,akhirnya dia membawa diri melayan rajuknya di kampung .Konflik yang kuat, terlalu membebankan mereka.Sedang Yasmin dalam dilema, Haikal membawa diri keluar dari syurga yang di bina. Megapa tidak disambutnya cinta Haikal.? sedangkan itu yang diharapkanya dulu .Semestinya Yasmin punya alasan sendiri,apatah lagi tak sanggup dia menjadi isteri kepada lelaki atas dasar kasihan Apakah yang akan berlaku. Mampukah haikal dan Yasmin bersatu lagi? ,dan apakah ada peluang untuk Yasmin mengapai syurga di kaki suaminya. Hayatilah novel Trofi Cinta Yasmin , membawa pembaca mengenali persoalan hati dan perasaan yang masih belum kita jelajahi .Sama-samalah kita hayati dan menjawab persoalan Apakah talak itu sesenang cinta yang kita lafazkan?

No comments:

Post a Comment